Tuesday, March 9, 2010

Peluang Perniagaan di Laman Web

Berikut adalah laman-laman web oleh industri,pertubuhan dan agensi-agensi tempatan dan antarabangsa yang mempunyi hubungan baik dengan Malaysia yang juga menyediakan peluang-peluang perniagaan. Selain daripada melayari portal-portal laman web ini anda juga akan dapat mengenali dengan lebih dekat lagi akan peranan agensi-agensi dan pertubuhan tersebut. Apabila kita melayari mana-mana laman web, sebagai usahawan kita boleh membuat analisa dari beberapa sudut antaranya:
  • apakah peranan agensi-agensi atau pertubuhan-pertubuhan tersebut
  • siapakan yang mempunyai kaitan ataupun hubungan yang baik dengan agensi tersebut
  • apakah peluang yang wujud ataupun masalah yang terdapat di organisasi tersebut
  • apakah maklumat penting yang boleh kita dapati dilaman web tersebut, sebagai contoh trend pasaran, isu pengguna pintar dan sebagainya.
  • siapakan orang yang boleh kita hubungi yang bersusaian dengan peluang yang wujud.

Ingat, dengan melayari sesuatu laman web kita seumpama telah 30% mengunjungi organisasi tersebut. Ini bersesuaian dengan prinsip jualan 'sales principle' iaitu 'get to know your customer before you meet them'.

Contoh, Syarikat tempatan yang telah berjaya mengadakan hubungan baik dengan UNDP-IOSN dan melatih warga tempatan dengan menggunakan khidmat pakar dan teknologi dari Luar. Klik di sini.


Trade Tie-Up Promotion Program (TTTP) by JETRO
The EU's relations with Malaysia
ASEAN + 3 SME Network
International Trade Administration (ITA)
United Nation (UN)
World Trade Organisation (WTO)
Trade Opportunities for APEC Members
United Nations Conference On Trade And Development (UNCTAD)
The Association of European Chambers of Commerce and Industry
The United States Chambers of Commerce
United States Government Export Portal
International Malaysia-Arab Frontier
ASEAN Supporting Industry Database (ASID)
The Agri-food Business Development Centre (Agri-food BDC)
ASEAN Auto-Parts Portal sites
UNDP-IOSN

Monday, March 8, 2010

Panduan Iklan di Malysia Kini

Berikut adalah panduan iklan dilaman web Malaysia Kini.
Ref: http://www.malaysiakini.com/
Muat Turun Link
Panduan Iklan-Malaysia Kini                                                            

Sunday, March 7, 2010

Mengenali Peluang

Apakah yang anda faham mengenai 'PELUANG'? dan apakah pula yang anda faham mengenai 'MASALAH' dan apakah kaitan diantara keduanya. Ramai yang tidak percaya kalau saya katakan MASALAH = PELUANG, tetapi itulah hakikatnya. Jika kita lihat banyak perniagaan yang wujud pada hari ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada.

Sebagai contoh kita lihat pengasas 'The Body Shop Inc', Anita Roddick yang memulakan perniagaannya kerana beliau merasakan kebanyakan syarikat pengeluar minyak wangi dan kosmetik menjual produk dengan harga yang telalu mahal beralasankan rekabentuk dan pakej yang cantik. Anita Roddick juga tidak bersetuju dengan kebanyakkan syarikat kosmetik yang menggunakan gadis remaja sebagai duta ataupun 'cover packaging' bagi menjual produk 'antipenuaan' yang sepatutnya digunakan oleh wanita berumur 40an dan keatas dan bukannya remaja.

Anita Roddick menukar MASALAH kepada PELUANG, dan beliau mengeluarkan produk yang jauh lebih murah dan menggunakan bahan yang telah digunapakai sebagai membuat 'packaging' barangan keluaran Body Shop.

Kita lihat satu lagi contoh, Bill Gates adalah salah seorang yang juga melihat MASALAH sebagai PELUANG. Beliau memulakan syarikat Microsoft bagi mengeluarkan perisian yang mesra pelanggan (user friendly), mudah digunakan dan menarik. Bil Gates telah berjaya menyelesaikan masalah pengguna yang berhadapan dengan perisian yang hanya menggunakan 'dumb terminal' ataupun hanya teks dan tidak mempunyi antaramuka (interface) dan ikon.

Sebagai usahawan, sebelum memulakan perniagaan kita sepatutnya peka kepada beberapa persoalah seperti:
  • Apakah produk ataupun perkhidmatan yang boleh memudahkan aktiviti ataupun urusan harian pengguna?
  • Apakah yang membuatkan pelanggan atau penggua rasa tidak senang hati kepada barangan dan perkhidmatan yang ada sekarang?
  • Apakah barangan dan perkhidmatan yang dapat menyelesaikan masalah dan keraguan pelanggan?
Sebelum kita mengeluarkan sesuatu produk dan perkhidmatan ada baiknya jika kita membuat senarai barangan dan perkhidmatan yang ada  dan melihat masalah apakah yang cuba diselesaikan oleh produk dan perkhidmatan tersebut dan bagaimanakah kita boleh menandingi produk dan perkhidmatan yang sedia ada.

Ikhlas
MZA

Saturday, March 6, 2010

Kelebihan dan Kelemahan Membeli Syarikat Sedia Ada

Jika anda ingin memulakan perniagaan anda dan ingin membeli syarikat yang sedia ada, berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian.

Kelebihan Membeli  Syarikat Sedia Ada
  • Perlaksanaan Segera (Immediate Operations) – sebahagian kerja asas telah dilakukan untuk memulakan perniagaan.
  • Mudah memperolehi pinjaman (Easier financing) – mudah untuk memperolehi pinjaman kerana syarikat tersebut telah mempunyai rekod pencapaian.
  • Aliran Wang Tunai Pantas (Quick cash flow) – inventori dan senarai pemiutang yang sedia ada boleh menghasilkan pendapatan pada hari pertama perniagaan diambil alih.
  • Pasaran untuk produk atau perkhidmatan telah sedia ada.
  • Pengguna sedia ada (existing customers) – mereka telah mempunyai pengguna setia, pendapatan yang dipercayai, reputasi kepada pemberi modal dan mempunyai rangkaian perhubungan yang berguna.
  • Pelan perniagaan dan kaedah pemasaran telah sedia ada.
  • Para pekerja sedia ada (asal) telah mempunyai pengalaman.
  • Banyak masalah yang telah dikenal pasti telah berjaya diselesaikan.
  • Anda boleh menjual semula perniagaan tersebut.
  • Persaingan yang kurang (Less competition) – membeli perniagaan boleh menghapuskan persaingan yang wujud sekiranya anda membuka perniagaan dari mula.
Kelemahan Membeli Syarikat Sedia Ada
  • Harga (cost) – anda selalunya perlu melabur sejumlah wang yang banyak sebagai pendahuluan dan kena membuat bajet untuk bayaran khidmat pakar seperti peguam (solicitors), pengukur (surveyor), akauntan dan sebagainya.
  • Sekiranya perniagaan tersebut terkebelakang (neglected), anda terpaksa melabur lebih daripada harga belian syarikat untuk memastikan kejayaan syarikat tersebut.
  • Perjanjian Tunggakan (Outstanding Contracts) – Anda perlu menghormati atau berunding semula mana-mana perjanjian atau kontrak yang telah ditangani oleh pemilik yang lama.
  • Masalah – mungkin terdapat masalah di dalam perniagaan tersebut yang tidak kelihatan semasa proses membelinya. Pastikan anda mengetahui kenapa pemilik hendak menjual syarikat tersebut.
  • Konflik Peribadi (Personal Conflicts) – Anda mungkin bertengkar atau tidak sehaluan dengan pengurus dan pekerja sedia ada.
  • Produk Kuno (obsolete goods) – Inventori dan peralatan mungkin telah lama (tidak boleh dipakai lagi)
  • Hutang yang tidak dapat diambil (Uncollectable receivable) – Pemiutang yang ada di dalam senarai kemungkinan tidak akan membayar hutang mereka.
Ikhlas
Team WRU

Bengkel 2 Hari 'Workshop Realiti Usahawan'

WRU akan mengadakan 'Workshop Realiti Usahawan' Siri 1 pada tempat dan tarikh seperti dibawah.

Tarikh:24-25 April 2010
Tempat: Asia e University
Sabtu: 9.00am-5.00pm
Ahad:9.00am-12.00pm
Yuran Workshop: RM975.oo

Antara lain peserta akan didedahkan dengan pengalaman dan rahsia usahawan dari 'usahawan-usahawan' yang telah berjaya dibidang masing-masing. Selain daripada berkongsi pengalaman, pelatih-pelatih (trainer) WRU akan memberikan bimbingan dan amalan terbaik kaedah pengurusan perniagaan sebenar secara REALITI.

Wokshop seperti ini adalah yang pertama kali diadakan di Malaysia dengan gabungan 'Usahawan' sebenar dan bimbingan professional didalam bidang perniagaan dan teknologi maklumat. Program yang sama telah diadakan di Singapura dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya dari golongan bumiputera yang ini benar-benar berniaga dan mahu berjaya.

Peserta-Peserta yang hadir ke 'workshop' ini akan di berikan:
1. Satu Template Website percuma yang bernilai [RM2890.00]
2. Satu Template Business Card percuma yang bernilai [RM300.00]
3. 2 Jam Sesi 'Business Coaching' percuma yang bernilai [RM800.00]

Program 'WRU Siri 1' ini akan mengupas beberapa aspek keusahawanan dan perniagaan diantaranya:
1. Aspek Pengurusan Kewangan
2. Aspek Pemasaran Media Baru
3. Aspek Membina Perancangan Strategik Perniagaan
4. Aspek 'REALITI' seorang usahawan.
5. Aspek perkongsian pengalaman dari usahawan berjaya.

Diakhir 'Workshop' 2 hari ini nanti peserta-peserta akan lebih faham akan apakan yang perlukan dilakukan sebelum dan sesudah berniaga dan rahsia bagaimana seseorang usahawan boleh berjaya.

Budget 2009

Muat turun budget 2009 selangor disini.
                                                             

Definisi Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS)


Kategori EKS


Perkilangan perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani

"Enterpris kecil dan sederhana dalam sektor perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta."

Perkhidmatan, Pertanian Asas dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

"Enterpris kecil dan sederhana dalam sektor perkhidmatan, pertanian asas dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM5 juta."  


Sektor: Perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani

1. Enterpris Mikro
Nilai jualan tahunan kurang daripada RM250,000 atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang pekerja

2. Enterpris Kecil
Nilai jualan tahunan antara RM250,000 dan kurang daripada RM10 juta atau pekerja sepenuh masa antara 5 dan 50 orang pekerja

3. Enterpris Sederhana
Nilai jualan tahunan antara RM10 juta dan RM25 juta atau pekerja sepenuh masa antara 51 dan 150 orang pekerja

Sektor: Perkhidmatan, Pertanian Asas dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)


1. Enterpris Mikro
Nilai jualan tahunan kurang daripada RM200,000 atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang pekerja

2. Enterpris Kecil
Nilai jualan tahunan antara RM200,000 dan kurang daripada RM1 juta atau pekerja sepenuh masa antara 5 dan 19 orang pekerja


3. Enterpris Sederhana
Nilai jualan tahunan antara RM1 juta dan RM5 juta atau pekerja sepenuh masa antara 20 dan 50 orang pekerja
 

Site Info

Followers

WRU Coaching Copyright © 2009 DMSB Blogger Template is Designed by MZA
In Collaboration with DMSB