Sunday, March 7, 2010

Mengenali Peluang

Apakah yang anda faham mengenai 'PELUANG'? dan apakah pula yang anda faham mengenai 'MASALAH' dan apakah kaitan diantara keduanya. Ramai yang tidak percaya kalau saya katakan MASALAH = PELUANG, tetapi itulah hakikatnya. Jika kita lihat banyak perniagaan yang wujud pada hari ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada.

Sebagai contoh kita lihat pengasas 'The Body Shop Inc', Anita Roddick yang memulakan perniagaannya kerana beliau merasakan kebanyakan syarikat pengeluar minyak wangi dan kosmetik menjual produk dengan harga yang telalu mahal beralasankan rekabentuk dan pakej yang cantik. Anita Roddick juga tidak bersetuju dengan kebanyakkan syarikat kosmetik yang menggunakan gadis remaja sebagai duta ataupun 'cover packaging' bagi menjual produk 'antipenuaan' yang sepatutnya digunakan oleh wanita berumur 40an dan keatas dan bukannya remaja.

Anita Roddick menukar MASALAH kepada PELUANG, dan beliau mengeluarkan produk yang jauh lebih murah dan menggunakan bahan yang telah digunapakai sebagai membuat 'packaging' barangan keluaran Body Shop.

Kita lihat satu lagi contoh, Bill Gates adalah salah seorang yang juga melihat MASALAH sebagai PELUANG. Beliau memulakan syarikat Microsoft bagi mengeluarkan perisian yang mesra pelanggan (user friendly), mudah digunakan dan menarik. Bil Gates telah berjaya menyelesaikan masalah pengguna yang berhadapan dengan perisian yang hanya menggunakan 'dumb terminal' ataupun hanya teks dan tidak mempunyi antaramuka (interface) dan ikon.

Sebagai usahawan, sebelum memulakan perniagaan kita sepatutnya peka kepada beberapa persoalah seperti:
  • Apakah produk ataupun perkhidmatan yang boleh memudahkan aktiviti ataupun urusan harian pengguna?
  • Apakah yang membuatkan pelanggan atau penggua rasa tidak senang hati kepada barangan dan perkhidmatan yang ada sekarang?
  • Apakah barangan dan perkhidmatan yang dapat menyelesaikan masalah dan keraguan pelanggan?
Sebelum kita mengeluarkan sesuatu produk dan perkhidmatan ada baiknya jika kita membuat senarai barangan dan perkhidmatan yang ada  dan melihat masalah apakah yang cuba diselesaikan oleh produk dan perkhidmatan tersebut dan bagaimanakah kita boleh menandingi produk dan perkhidmatan yang sedia ada.

Ikhlas
MZA
Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

 

Site Info

Followers

WRU Coaching Copyright © 2009 DMSB Blogger Template is Designed by MZA
In Collaboration with DMSB