Kelebihan Membeli Syarikat Sedia Ada
- Perlaksanaan Segera (Immediate Operations) – sebahagian kerja asas telah dilakukan untuk memulakan perniagaan.
- Mudah memperolehi pinjaman (Easier financing) – mudah untuk memperolehi pinjaman kerana syarikat tersebut telah mempunyai rekod pencapaian.
- Aliran Wang Tunai Pantas (Quick cash flow) – inventori dan senarai pemiutang yang sedia ada boleh menghasilkan pendapatan pada hari pertama perniagaan diambil alih.
- Pasaran untuk produk atau perkhidmatan telah sedia ada.
- Pengguna sedia ada (existing customers) – mereka telah mempunyai pengguna setia, pendapatan yang dipercayai, reputasi kepada pemberi modal dan mempunyai rangkaian perhubungan yang berguna.
- Pelan perniagaan dan kaedah pemasaran telah sedia ada.
- Para pekerja sedia ada (asal) telah mempunyai pengalaman.
- Banyak masalah yang telah dikenal pasti telah berjaya diselesaikan.
- Anda boleh menjual semula perniagaan tersebut.
- Persaingan yang kurang (Less competition) – membeli perniagaan boleh menghapuskan persaingan yang wujud sekiranya anda membuka perniagaan dari mula.
- Harga (cost) – anda selalunya perlu melabur sejumlah wang yang banyak sebagai pendahuluan dan kena membuat bajet untuk bayaran khidmat pakar seperti peguam (solicitors), pengukur (surveyor), akauntan dan sebagainya.
- Sekiranya perniagaan tersebut terkebelakang (neglected), anda terpaksa melabur lebih daripada harga belian syarikat untuk memastikan kejayaan syarikat tersebut.
- Perjanjian Tunggakan (Outstanding Contracts) – Anda perlu menghormati atau berunding semula mana-mana perjanjian atau kontrak yang telah ditangani oleh pemilik yang lama.
- Masalah – mungkin terdapat masalah di dalam perniagaan tersebut yang tidak kelihatan semasa proses membelinya. Pastikan anda mengetahui kenapa pemilik hendak menjual syarikat tersebut.
- Konflik Peribadi (Personal Conflicts) – Anda mungkin bertengkar atau tidak sehaluan dengan pengurus dan pekerja sedia ada.
- Produk Kuno (obsolete goods) – Inventori dan peralatan mungkin telah lama (tidak boleh dipakai lagi)
- Hutang yang tidak dapat diambil (Uncollectable receivable) – Pemiutang yang ada di dalam senarai kemungkinan tidak akan membayar hutang mereka.
Team WRU
0 comments:
Post a Comment