Bagi kebanyakaan perniaga bersaiz kecil dan sederhana bahagian yang utama didalam sesuatu rancangan perniagaan adalah titik keseimbangan, angaran untung dan rugi dan anggaran aliran tunai. Tidak ramai daripada perniaga yang sedar akan betapa penting ketiga-tiga faktor tersebut, kerana ketiga-tiga faktor tersebut adalah faktor penentu aliran modal samana ada perniagaan anda boleh bertahan dan berterusan ataupun sebaliknya.
Saya berikan contoh yang mudah, Walaupun hari ini perniagaan anda mendapat sambutan yang amat luarbiasa dengan mendapat banyak projek ataupun menjual produk dengan berjaya, akantetapi sekiranya anda tidak mendapat bayaran dari perkhidmatan dan jualan yang dibuat dalam tempoh 90-180 hari, maka perniagaan anda tidak akan dapat bertahan kerana kos (kos tetap dan kos berubah) tanggungan akan memakan modal dan aliran tunai.
Dengan adanya anggaran 'aliran tunai' dan anggaran 'untung rugi' anda akan dapat merancang 'rancangan perniagaan' dan membuat penambahbaikkan sebelum anda bermula dan dapat mengunakannya sebagai garispanduan pusingan modal didalam aktiviti harian perniagaan anda.
Penyediaan rancangan perniagaan juga akan dapat membantu anda menentukan anggaran modal yang diperlukan bagai memulakan perniagaan dan membiaya kos-kos perniagaan yang lain seperti kos pemasaran dan promosi. Dengan kata lain "kalau nak buat anggaran kira-kira dikertas pun payah secara -REALITINYA- nanti tentulah lebih susah"
*** Nasihat dari kami: Sediakan 'Rancangan Perniaggan' anda walaupun hanya sekeping kertas.
Ikhlas
MZA
1 comments:
Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan UK / USA. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
Post a Comment