Tuesday, March 9, 2010

Peluang Perniagaan di Laman Web

Berikut adalah laman-laman web oleh industri,pertubuhan dan agensi-agensi tempatan dan antarabangsa yang mempunyi hubungan baik dengan Malaysia yang juga menyediakan peluang-peluang perniagaan. Selain daripada melayari portal-portal laman web ini anda juga akan dapat mengenali dengan lebih dekat lagi akan peranan agensi-agensi dan pertubuhan tersebut. Apabila kita melayari mana-mana laman web, sebagai usahawan kita boleh membuat analisa dari beberapa sudut antaranya:
  • apakah peranan agensi-agensi atau pertubuhan-pertubuhan tersebut
  • siapakan yang mempunyai kaitan ataupun hubungan yang baik dengan agensi tersebut
  • apakah peluang yang wujud ataupun masalah yang terdapat di organisasi tersebut
  • apakah maklumat penting yang boleh kita dapati dilaman web tersebut, sebagai contoh trend pasaran, isu pengguna pintar dan sebagainya.
  • siapakan orang yang boleh kita hubungi yang bersusaian dengan peluang yang wujud.

Ingat, dengan melayari sesuatu laman web kita seumpama telah 30% mengunjungi organisasi tersebut. Ini bersesuaian dengan prinsip jualan 'sales principle' iaitu 'get to know your customer before you meet them'.

Contoh, Syarikat tempatan yang telah berjaya mengadakan hubungan baik dengan UNDP-IOSN dan melatih warga tempatan dengan menggunakan khidmat pakar dan teknologi dari Luar. Klik di sini.


Trade Tie-Up Promotion Program (TTTP) by JETRO
The EU's relations with Malaysia
ASEAN + 3 SME Network
International Trade Administration (ITA)
United Nation (UN)
World Trade Organisation (WTO)
Trade Opportunities for APEC Members
United Nations Conference On Trade And Development (UNCTAD)
The Association of European Chambers of Commerce and Industry
The United States Chambers of Commerce
United States Government Export Portal
International Malaysia-Arab Frontier
ASEAN Supporting Industry Database (ASID)
The Agri-food Business Development Centre (Agri-food BDC)
ASEAN Auto-Parts Portal sites
UNDP-IOSN

Monday, March 8, 2010

Panduan Iklan di Malysia Kini

Berikut adalah panduan iklan dilaman web Malaysia Kini.
Ref: http://www.malaysiakini.com/
Muat Turun Link
Panduan Iklan-Malaysia Kini                                                            

Sunday, March 7, 2010

Mengenali Peluang

Apakah yang anda faham mengenai 'PELUANG'? dan apakah pula yang anda faham mengenai 'MASALAH' dan apakah kaitan diantara keduanya. Ramai yang tidak percaya kalau saya katakan MASALAH = PELUANG, tetapi itulah hakikatnya. Jika kita lihat banyak perniagaan yang wujud pada hari ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada.

Sebagai contoh kita lihat pengasas 'The Body Shop Inc', Anita Roddick yang memulakan perniagaannya kerana beliau merasakan kebanyakan syarikat pengeluar minyak wangi dan kosmetik menjual produk dengan harga yang telalu mahal beralasankan rekabentuk dan pakej yang cantik. Anita Roddick juga tidak bersetuju dengan kebanyakkan syarikat kosmetik yang menggunakan gadis remaja sebagai duta ataupun 'cover packaging' bagi menjual produk 'antipenuaan' yang sepatutnya digunakan oleh wanita berumur 40an dan keatas dan bukannya remaja.

Anita Roddick menukar MASALAH kepada PELUANG, dan beliau mengeluarkan produk yang jauh lebih murah dan menggunakan bahan yang telah digunapakai sebagai membuat 'packaging' barangan keluaran Body Shop.

Kita lihat satu lagi contoh, Bill Gates adalah salah seorang yang juga melihat MASALAH sebagai PELUANG. Beliau memulakan syarikat Microsoft bagi mengeluarkan perisian yang mesra pelanggan (user friendly), mudah digunakan dan menarik. Bil Gates telah berjaya menyelesaikan masalah pengguna yang berhadapan dengan perisian yang hanya menggunakan 'dumb terminal' ataupun hanya teks dan tidak mempunyi antaramuka (interface) dan ikon.

Sebagai usahawan, sebelum memulakan perniagaan kita sepatutnya peka kepada beberapa persoalah seperti:
  • Apakah produk ataupun perkhidmatan yang boleh memudahkan aktiviti ataupun urusan harian pengguna?
  • Apakah yang membuatkan pelanggan atau penggua rasa tidak senang hati kepada barangan dan perkhidmatan yang ada sekarang?
  • Apakah barangan dan perkhidmatan yang dapat menyelesaikan masalah dan keraguan pelanggan?
Sebelum kita mengeluarkan sesuatu produk dan perkhidmatan ada baiknya jika kita membuat senarai barangan dan perkhidmatan yang ada  dan melihat masalah apakah yang cuba diselesaikan oleh produk dan perkhidmatan tersebut dan bagaimanakah kita boleh menandingi produk dan perkhidmatan yang sedia ada.

Ikhlas
MZA

Saturday, March 6, 2010

Kelebihan dan Kelemahan Membeli Syarikat Sedia Ada

Jika anda ingin memulakan perniagaan anda dan ingin membeli syarikat yang sedia ada, berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian.

Kelebihan Membeli  Syarikat Sedia Ada
  • Perlaksanaan Segera (Immediate Operations) – sebahagian kerja asas telah dilakukan untuk memulakan perniagaan.
  • Mudah memperolehi pinjaman (Easier financing) – mudah untuk memperolehi pinjaman kerana syarikat tersebut telah mempunyai rekod pencapaian.
  • Aliran Wang Tunai Pantas (Quick cash flow) – inventori dan senarai pemiutang yang sedia ada boleh menghasilkan pendapatan pada hari pertama perniagaan diambil alih.
  • Pasaran untuk produk atau perkhidmatan telah sedia ada.
  • Pengguna sedia ada (existing customers) – mereka telah mempunyai pengguna setia, pendapatan yang dipercayai, reputasi kepada pemberi modal dan mempunyai rangkaian perhubungan yang berguna.
  • Pelan perniagaan dan kaedah pemasaran telah sedia ada.
  • Para pekerja sedia ada (asal) telah mempunyai pengalaman.
  • Banyak masalah yang telah dikenal pasti telah berjaya diselesaikan.
  • Anda boleh menjual semula perniagaan tersebut.
  • Persaingan yang kurang (Less competition) – membeli perniagaan boleh menghapuskan persaingan yang wujud sekiranya anda membuka perniagaan dari mula.
Kelemahan Membeli Syarikat Sedia Ada
  • Harga (cost) – anda selalunya perlu melabur sejumlah wang yang banyak sebagai pendahuluan dan kena membuat bajet untuk bayaran khidmat pakar seperti peguam (solicitors), pengukur (surveyor), akauntan dan sebagainya.
  • Sekiranya perniagaan tersebut terkebelakang (neglected), anda terpaksa melabur lebih daripada harga belian syarikat untuk memastikan kejayaan syarikat tersebut.
  • Perjanjian Tunggakan (Outstanding Contracts) – Anda perlu menghormati atau berunding semula mana-mana perjanjian atau kontrak yang telah ditangani oleh pemilik yang lama.
  • Masalah – mungkin terdapat masalah di dalam perniagaan tersebut yang tidak kelihatan semasa proses membelinya. Pastikan anda mengetahui kenapa pemilik hendak menjual syarikat tersebut.
  • Konflik Peribadi (Personal Conflicts) – Anda mungkin bertengkar atau tidak sehaluan dengan pengurus dan pekerja sedia ada.
  • Produk Kuno (obsolete goods) – Inventori dan peralatan mungkin telah lama (tidak boleh dipakai lagi)
  • Hutang yang tidak dapat diambil (Uncollectable receivable) – Pemiutang yang ada di dalam senarai kemungkinan tidak akan membayar hutang mereka.
Ikhlas
Team WRU

Bengkel 2 Hari 'Workshop Realiti Usahawan'

WRU akan mengadakan 'Workshop Realiti Usahawan' Siri 1 pada tempat dan tarikh seperti dibawah.

Tarikh:24-25 April 2010
Tempat: Asia e University
Sabtu: 9.00am-5.00pm
Ahad:9.00am-12.00pm
Yuran Workshop: RM975.oo

Antara lain peserta akan didedahkan dengan pengalaman dan rahsia usahawan dari 'usahawan-usahawan' yang telah berjaya dibidang masing-masing. Selain daripada berkongsi pengalaman, pelatih-pelatih (trainer) WRU akan memberikan bimbingan dan amalan terbaik kaedah pengurusan perniagaan sebenar secara REALITI.

Wokshop seperti ini adalah yang pertama kali diadakan di Malaysia dengan gabungan 'Usahawan' sebenar dan bimbingan professional didalam bidang perniagaan dan teknologi maklumat. Program yang sama telah diadakan di Singapura dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya dari golongan bumiputera yang ini benar-benar berniaga dan mahu berjaya.

Peserta-Peserta yang hadir ke 'workshop' ini akan di berikan:
1. Satu Template Website percuma yang bernilai [RM2890.00]
2. Satu Template Business Card percuma yang bernilai [RM300.00]
3. 2 Jam Sesi 'Business Coaching' percuma yang bernilai [RM800.00]

Program 'WRU Siri 1' ini akan mengupas beberapa aspek keusahawanan dan perniagaan diantaranya:
1. Aspek Pengurusan Kewangan
2. Aspek Pemasaran Media Baru
3. Aspek Membina Perancangan Strategik Perniagaan
4. Aspek 'REALITI' seorang usahawan.
5. Aspek perkongsian pengalaman dari usahawan berjaya.

Diakhir 'Workshop' 2 hari ini nanti peserta-peserta akan lebih faham akan apakan yang perlukan dilakukan sebelum dan sesudah berniaga dan rahsia bagaimana seseorang usahawan boleh berjaya.

Budget 2009

Muat turun budget 2009 selangor disini.
                                                             

Definisi Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS)


Kategori EKS


Perkilangan perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani

"Enterpris kecil dan sederhana dalam sektor perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta."

Perkhidmatan, Pertanian Asas dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

"Enterpris kecil dan sederhana dalam sektor perkhidmatan, pertanian asas dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM5 juta."  


Sektor: Perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani

1. Enterpris Mikro
Nilai jualan tahunan kurang daripada RM250,000 atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang pekerja

2. Enterpris Kecil
Nilai jualan tahunan antara RM250,000 dan kurang daripada RM10 juta atau pekerja sepenuh masa antara 5 dan 50 orang pekerja

3. Enterpris Sederhana
Nilai jualan tahunan antara RM10 juta dan RM25 juta atau pekerja sepenuh masa antara 51 dan 150 orang pekerja

Sektor: Perkhidmatan, Pertanian Asas dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)


1. Enterpris Mikro
Nilai jualan tahunan kurang daripada RM200,000 atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang pekerja

2. Enterpris Kecil
Nilai jualan tahunan antara RM200,000 dan kurang daripada RM1 juta atau pekerja sepenuh masa antara 5 dan 19 orang pekerja


3. Enterpris Sederhana
Nilai jualan tahunan antara RM1 juta dan RM5 juta atau pekerja sepenuh masa antara 20 dan 50 orang pekerja

Google, bank tempatan tawar platform pembayaran baru

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Google dan enam bank tempatan memperkenalkan platform pembayaran terbaru untuk pelanggan program pengiklanan sejagat Google AdWordsnya.

Enam bank yang terlibat adalah Bank Islam, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank dan RHB Bank.

Ketua Pemasaran Google Asia Tenggara, Derek Callow berkata, mulai hari ini pelanggan baru atau sedia ada AdWords boleh membayar kempen carian enjin pemasaran melalui perbankan internet menerusi MEPS FPX.

''Perbankan Internet semakin popular di Malaysia, pilihan pembayaran ini memberikan lebih kemudahan dan masa untuk perniagaan tempatan menguruskan dan membayar kempen mereka.

''Kami berbangga dapat menyediakan AdWords kepada pelanggan sebagai pilihan pembayaran tempatan pertama melalui MEPS FPX.

Ini kerana kebanyakan pelanggan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) kami tidak mempunyai kad kredit atau tidak selesa menggunakannya bagi transaksi dalam talian,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media Pelancaran Platform Pembayaran Tempatan AdWords di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Komunikasi Korporat & Hubungan Awan Google Asia Tenggara, Dickson Seow.

Tambah Callow, pelanggan AdWords akan lebih menghargai fleksibiliti penggunaan mudah, penyelesaian perbankan selamat pada bila-bila masa dan di mana sahaja serta juga dapat memendekkan waktu memproses daripada 10 hari kepada sehari sahaja.

''PKS merupakan bahagian yang penting dalam ekonomi tempatan dan kami berbangga dapat menyokong serta membantu mengembangkan perniagaan mereka.

''Sebelum ini, pelanggan AdWords yang tidak menggunakan kad kredit akan menggunakan sistem perpindahan antarabangsa yang mengambil masa 10 hari untuk diselesaikan dan ini mengganggu perjalanan perniagaan mereka,'' jelasnya.

Pelanggan AdWords boleh mendaftar ke dalam akaun mereka dan memilih prabayar melalui MEPS FPX untuk memindahkan dana secara elektronik daripada akaun mereka kepada akaun AdWords.
Mereka juga boleh memilih akaun internet pelanggan atau akaun pengurusan korporat.

Google AdWords merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mengiklankan produk terutama bagi PKS.

AdWords memaparkan proses mendaftar automatik serta murah dan membolehkan pengiklan meletakkan kempen mereka dalam tempoh 15 minit atau kurang.

Selain itu, penggunaan iklan dalam talian ini juga adalah fleksibel dan boleh di iklan atau ditarik balik pada bila-bila masa, bersesuaian dengan bajet yang ditetapkan serta pada waktu yang bersesuaian.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perancangan pada tahun ini bagi Google terutama untuk AdWords, Callow berkata, mereka akan meneruskan strategi promosi dan pengiklanan yang dibuat sekarang.

Ref: Utusan Malaysia, 25 Feb. 2010

Latihan Keusahawanan MARA

Ruj: http://www.mara.gov.my/lat_keusahawanan

Latar Belakang
Aktiviti Latihan Keusahawanan menyediakan pakej untuk Bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing.

Pakej latihan berfokus pada:
  • Program Pewujudan Usahawan
  • Program Peningkatan Usahawan sedia ada
  • Program Sokongan untuk kumpulan-kumpulan dalam sektor atau jenis perniagaan tertentu
  • Melaksanakan Latihan Keusahawanan secara bersepadu dengan agensi - agensi kerajaan atau swasta.
Pendekatan Latihan:
Pendekatan latihan ditumpukan ke atas perkembangan teknologi maklumat masa kini supaya usahawan yang dilatih dapat bersaing dan menghadapi cabaran alaf baru dengan kekuatan ilmu pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang lebih mantap. Pendekatan latihan juga menumpukan terhadap kewujudan rangkai niaga antara usahawan supaya dapat mewujudkan budaya keusahawanan yang berterusan dan akhirnya dapat mencapai matlamat merealisasikan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Objektif:
  • Dapat mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya
  • Peserta mampu melahirkan perniagaan / perusahaan yang berdaya maju dengan berpandukan proses pewujudan projek / perniagaan / perusahaan
  • Peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan
  • Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan masing - masing.
  • Memberikan pengetahuan pengurusan moden supaya para usahawan dapat mengamalkanya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 dan boleh mengikuti perkembangan teknologi moden dan mampu bersaing di pasaran terbuka.

Strategi:
  • Mengadakan kursus-kursus pra pewujudan usahawan untuk bakal-bakal usahawan
  • Menganjurkan kursus - kursus pewujudan usahawan bagi membolehkan Bumiputera memulakan perusahaan / perdagangan / perniagaan
  • Menyediakan kursus - kursus peningkatan untuk usahawan sedia ada bagi membolehkan mereka menimba ilmu perniagaan supaya dapat memajukan perusahaan / perdagangan yang dijalankan
  • Meningkatkan kemahiran para usahawan melalui pendedahan kepada perusahaan / perdagangan

KOMPONEN PROGRAM
Jenis -jenis aktiviti latihan yang dikendalikan di bahagikan kepada empat :
A. Program Pewujudan
B. Program Peningkatan
C. Program Sokongan
D. Program Sampingan

A. Program Pewujudan
MARA telah melaksanakan kursus untuk pewujudan usahawan semenjak 1976 lagi.Ramai pegawai pembimbing usahawan MARA telah dihantar berkursus (Training of Trainers) supaya dapat mengendalikan sendiri kursus usahawannya iaitu Kursus Persediaan Perniagaan dan Perdagangan (KPPP). Antara usaha yang dijalankan untuk meningkatkan kualiti program latihan keusahawanan ialah dengan memperkenalkan latihan pembentukan usahawan (LPEJ) pada tahun 1992 bagi melahirkan usahawan yang produktif, bermotivasi, kreatif, inovatif, berkualiti dan berdaya maju. Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) bertujuan untuk melahirkan usahawan yang mempunyai WAWASAN diri, KUALITI sebagai usahawan serta mampu mengumpul sumber-sumber untuk memulakan dan membesarkan projek supaya mampu mencari, menilai dan memilih peluang perniagaan yang berdaya maju.

Objektif
  • Melahirkan usahawan baru yang bermotivasi, kreatif, inovatif dan proaktif serta berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju dalam menggerakkan - Memupuk semangat berdikari dan kental diri.
  • Memberi kesedaran kepada peserta tentang peluang-peluang perniagaan.
  • Memberi pengetahuan asas pengurusan perniagaan supaya perniagaan diuruskan dengan cara yang terbaik.
KOMPONEN LATIHAN PEWUJUDAN (LPU)

Module 1:MOTIVASI USAHAWAN
Module 2:PEMILIHAN PROJEK PERNIAGAAN
  • Analisis Pelakon
  • Analisis Situasi
  • Analisis Strategi
  • Kompetensi (Pemasaran)
  • Kompetensi (Pengeluaran)
  • Kompetensi (Pengurusan)
  • Kompetensi (Kewangan)
  • Penyesuaian Usahawan & Projek (Kumpulan)
  • Kerja Luar
  • Penyesuaian Usahawan & Projek (Individu)
Module 3:RANCANGAN PERNIAGAAN
  • Pengumpulan Maklumat / Kerja Luar / Mentor
  • Penyediaan Rancangan Perniagaan
  • Pembentangan & Penilaian Projek

Susulan
Susulan kepada kemajuan usahawan / projek akan mengambil masa selama 3 tahun. Seminar susulan peserta LPU akan diadakan mengikut keperluan semasa.

Sasaran Peserta
Semua yang berminat dan berkemampuan untuk menjadi usahawan dan terdiri dari kalangan bekas anggota kerajaan/swasta, lepasan SPM, STPM, Diploma, Ijazah dan belia lepasan sekolah / institusi teknikal.

B. Program Peningkatan

Objektif
  • Meningkatkan pengetahuan pengurusan moden kepada usahawan
  • Membolehkan usahawan menambah pengetahuan / kemahiran baru  supaya  mereka mampu berdaya saing di pasaran terbuka.
  • Memberi pengetahuan dan kemahiran tambahan untuk usahawan sedia ada seperti latihan peningkatan melalui sistem modular

Komponen Latihan
  • Pengurusan Pemasaran
  • Pengurusan Pengeluaran & Operasi
  • Pengurusan Kewangan / Akaun
  • Pengurusan Organisasi & Sumber Manusia

Sasaran Peserta
Usahawan Bumiputera yang ingin mendalami bidang tertentu dalam perniagaan dalam usaha untuk meningkat perniagaan yang dijalankan. Keutamaan diberi kepada bekas peserta LPU.

C. Program Sokongan

Objektif
  • Memberi maklumat terkini tentang peluang-peluang perusahaan dan perniagaan untuk memperkembangkan lagi perniagaan mereka bagi merebut peluang yang ada serta lebih berkeyakinan melaksanakannya.
  • Memberi pengetahuan dan kemahiran tambahan kepada usahawan dalam sektor perniagaan tertentu.

Peringkat Latihan
Program ini lebih tertumpu kepada pendedahan ilmu dan kemahiran dalam bentuk seminar,dialog, bengkel dan latihan untuk mendalami lagi pengetahuan usahawan dalam jenis atau sektor perniagaan yang tertentu.

Komponen Latihan Sokongan
  • Seminar Keusahawanan
  • Seminar Susulan
  • Kursus Usahawan Progresif
  • Kursus Kontraktor Binaan
  • Kursus Pengurusan Restoran
  • Kursus Pengurusan Peruncitan
  • Kursus Pelancongan
  • Lain - lain (mengikut jenis perniagaan)

Sasaran Peserta
Usahawan / pengurus mengikut sektor atau jenis perniagaan / industri. Mereka yang mahu menceburkan diri dalam perniagaan seperti bekas anggota kerajaan atau swasta, belia lepasan SPM, STPM, Diploma atau Ijazah, belia lepasan sekolah / Pusat GIAT atau IKM.

D. Program Sampingan

Objektif
Menambah pengetahuan dan kemahiran melalui rangkaian usahawan dan kerjasama dengan badan atau agensi luar untuk menghasilkan usahawan yang lebih bermaklumat, berpengetahuan, berkemahiran dan berfikiran luas untuk menyahut cabaran dan melaksanakannya mengikut bidang-bidang perniagaan yang diceburi.

Peringkat Latihan
Program ini dilaksanakan mengikut keperluan badan atau agensi luar yang dipersetujui bersama.Contohnya program yang dilaksanakan bersama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan tertumpu kepada Kursus Asas Perniagaan untuk kakitangan kerajaan untuk jangka pendek (5 hari) atau jangka panjang (4 bulan).

Berdasarkan keperluan badan atau agensi luar, untuk para peniaga atau peserta yang baru mahu memulakan perniagaan atau sekadar pendedahan kepada para belia, pelajar sekolah, maktab atau pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi atau kakitangan kerajaan yang ingin bersara pilihan atau bersara wajib.

Penutup
Latihan dan bimbingan yang disediakan ini merupakan sebuah program pembangunan usahawan dengan harapan ianya  memberi manfaat yang baik untuk masyarakat Bumiputera juga negara umumnya. MARA mempunyai tenaga pembimbing / pemudahcara (trainers) yang terlatih untuk melaksanakan Program Pewujudan Usahawan. Dengan Modul yang tersendiri dan pakej bantuan yang komprehensif, Program Latihan Keusahawanan ini dapat mewujudkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya maju, berdaya saing dan seterusnya mencapai objektif program ini.
Ruj:Ruj: http://www.mara.gov.my/lat_keusahawanan

Friday, March 5, 2010

Sediakan Rancangan Perniagan Anda Walaupun Seringkas Manapun

Sebelum kita memulakan perniagaan adalah satu langkah yang bijak jika sekiranya kita dapat menganggarkan anggaran keuntungan yang boleh diperolehi dan mempastikan ditahap manakah 'titik keseimbangan' keuntungan dan kerugian perniagaan kita berada.

Bagi kebanyakaan perniaga bersaiz kecil dan sederhana bahagian yang utama didalam sesuatu rancangan perniagaan adalah titik keseimbangan, angaran untung dan rugi dan anggaran aliran tunai. Tidak ramai daripada perniaga yang sedar akan betapa penting ketiga-tiga faktor tersebut, kerana ketiga-tiga faktor tersebut adalah faktor penentu aliran modal samana ada perniagaan anda boleh bertahan dan berterusan ataupun sebaliknya.

Saya berikan contoh yang mudah, Walaupun hari ini perniagaan anda mendapat sambutan yang amat luarbiasa dengan mendapat banyak projek ataupun menjual produk dengan berjaya, akantetapi sekiranya anda tidak mendapat bayaran dari perkhidmatan dan jualan yang dibuat dalam tempoh 90-180 hari, maka perniagaan anda tidak akan dapat bertahan kerana kos (kos tetap dan kos berubah) tanggungan akan memakan modal dan aliran tunai.

Dengan adanya anggaran 'aliran tunai' dan anggaran 'untung rugi' anda akan dapat merancang 'rancangan perniagaan' dan membuat penambahbaikkan sebelum anda bermula dan dapat mengunakannya sebagai garispanduan pusingan modal didalam aktiviti harian perniagaan anda.

Penyediaan rancangan perniagaan juga akan dapat membantu anda menentukan anggaran modal yang diperlukan bagai memulakan perniagaan dan membiaya kos-kos perniagaan yang lain seperti kos pemasaran dan promosi.  Dengan kata lain "kalau nak buat anggaran kira-kira dikertas pun payah secara -REALITINYA- nanti tentulah lebih susah"

 *** Nasihat dari kami: Sediakan 'Rancangan Perniaggan' anda walaupun hanya sekeping kertas.

Ikhlas
MZA
 

Site Info

Followers

WRU Coaching Copyright © 2009 DMSB Blogger Template is Designed by MZA
In Collaboration with DMSB